...think...


" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...Kita menangis dan tertanya-tanya...Ke manakah hilangnya sinar...Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi... :) "


Thursday, August 20, 2009

last day before ramadhan

today is friday = 21 august 2009 = 30 syaaban, which is last day before coming Ramadhan tomorrow!! yuhuuu x sbr nyee nak puasa...niat di hati nak do terawih tiap hari..huhu..tp dunno la tercapai ke tdk..hehe..erm arini pun ramai yg da cuti..masing2 nak balik kg kan...mcm aku ni mana ada kg...kat sini la tmpt lahir, tmpt sek n tmpt keje...x berkembang langsung...eh cop2 tp 3 tahun aku da pena merantau okeh! ngeeee...k la, happy ramadhan...moga ramadhan kali ni menjadi yg terbaik dari sebelumnya...amin...=)

Friday, July 24, 2009

ke mana menghilang??



waaaaaa lama gile x update blog..nmpk sgt pemalasnye kan..ye la, punye la byk masa kat opis (time xde keje la ye) aku leh bazirkan sebegitu rupe jek..erm rite now, aku still keje di sim* d@rby nih..hopefully dptla terus kekal selamanya..malas da nak cari2 keje tmpt lain..da seronok n sebati dlm jiwa ngan life job kat sini..erm projek pun da 70% nak siap..pasni tatau attach projek mana lak..mintak2la p*tr*n*s still letak projek nye kat sim* nih..kang xde keje, makan pasir la pulak pasni..ok2 aku tau aku da merepek meraban nih..sok sok ada masa aku update lagik..daaaa

Friday, June 27, 2008

tag?

me dpt tag?
menatang pe tag ni?
name tag ker?
cane nak wat nih?
hiks..mengong jap ;)

tag from sis aza

  • 1 minit yang lalu, apa anda buat

tgh wat menda alah ni laa..

  • 1 hari yang lalu, apa anda buat

mcm2..

  • 1 hari lagi apa anda akan buat

hopefully mcm2 jugak..tp yg ada dlm pale otak skrg ni, nak try baking brownies laa..if jadik, i'll post it here k babe..hiks

  • 1 orang yang terakhir menelefon kamu

yan-she asked me da beli bfast or lom

  • 1 makanan yang baru dibeli

nasi lemak singgit

  • 1 barang yang baru hilang

nope

  • 1 cerita yang baru ditonton

yesterday evening-jgn lupa lirik tp mcm sengal je mamat yg nyanyi tuh..

  • 1 hal terakhir yang digossipkan

xbaek gossip, ngumpat okeh! hiks

  • 1 kata yang ingin diluahkan

no need to post here..hanya me n God yg tahu

  • 1 buku yang sudah dibaca

magazine can? mlm td selak majalah pengantin my sis..hiks

  • 1 penyakit yang sering datang

pening pale tu penyakit x?

  • 1 keinginan

byk sgtlaa..

ok da siap tag ku!!

Monday, May 19, 2008

sweet 23th..


hye blogie..
today is my birthday..
da masuk 23 da umo me arini..
arghh tidak..
mcm tak matang lagi me ni tau..
me tak nak!!
uuuwwwaaa..

erm papepun me harap me dpt kesihatan yg baik2, rezeki yg baik2, jodoh yg baik2 and sume yg baik2 laa..ngeh3..n me hope me dpt smbg blaja this july..insyaAllah..wish me luck!!


erm kepada kawan baik me yg bg me flowers n chocolate this morning, tq so much my dear fren..me doakan kamu n fiancee cepat2 naik pelamin yek!! nnt bule me jd pengapit..kikiki..








Thursday, May 15, 2008

sebuah kisah cinta biasa..

*kopipes from my fren blog @ friendster..
jom kite layannn zasss..
Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidakpernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti? ”Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi….
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati
dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini….

*besnyee klu me dpt suami mcm ni kan..sure bahagia jek hidup..hoho..oh Tuhan, temukan lah me jodoh yg baik2...sesungguhnya hanya Engkaulah yg Maha Mengetahui..aminn


bila aku jatuh cinta..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu...
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yangmerindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu...
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu...Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,j angan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan...

oh Tuhan...

tuhan..
bila masih ku di beri kesempatan..
izinkan aku untuk menyintainya..
namun, bila waktu ku sudah habis dengannya..
biarkan cinta ini hidup untuk sekali ini saja..